Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin

BANGI, 22 Jamadilawal 1438H, Ahad – “Yang jadi masa lampau adalah sejarah. Tapi yang sedang berlaku sekarang lebih penting sebab ia sedang bebankan kehidupan rakyat jelata.” Demikian kata bekas Ketua Pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasid.

Menyindir keputusan Kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dagangan tukaran wang asing (forex) pada 1990-an, beliau berkata, niat penubuhan itu adalah untuk menunjukkan kesalahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pada 30 Disember lalu, rizab Bank Negara hanya tinggal AS$94.6 bilion saja iaitu paras paling rendah sejak tahun 2010, di mana Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak tahun 2009.

“Dalam tempoh 2015-2016 rizab Bank Negara merosot daripada lebih kurang AS$140 bilion (RM630 bilion) kepada AS$94.6 bilion (RM433.8 bilion). Ertinya dah jatuh AS$45 bilion lebih atau RM202.5 bilion.

“Kerugian forex tahun 1990-an adalah RM30 bilion pada kadar tukaran masa itu. Bila rizab jatuh, nilai ringgit pun jatuh. Bila nilai ringgit jatuh, harga import naik harga eksport turun. Pasal itu harga barang-barang import macam beras, gandum, jagung, susu dan daging naik.

“Hari ini masalah paling besar rakyat jelata adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kejatuhan nilai ringgit serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah dua punca utama kenaikan harga pengguna,” katanya semalam.

Kadir mempersoalkan apakah nilai ringgit merudum dan harga barang melambung apabila Bank Negara kerugian AS$12 bilion (RM30 bilion) pada tahun 1990-an?

“Jawabnya tidak. Malah rakyat jelata tak tahu dan tak rasa pun pasal masa itu nilai duit tak merudum dan harga barang tak melambung,” katanya.

Beliau berkata, tetapi di bawah kelolaan transformasi Najib, ringgit merudum manakala harga barangan melambung sehingga menyusahkan rakyat.

“Badan Petugas Najib tak mulakan lagi kerja yang nawaitunya nak londeh Dr Mahathir tapi yang terlondeh adalah Najib sendiri. Inilah bahana buat kerja niat songsang, strategi lintang-pukang dan penasihat bangang.

Katanya, pada 8 Disember lalu, Bank Negara mengaku rizab asingnya jatuh sebanyak AS$1.9 bilion (kira-kira RM8.4 bilion) iaitu daripada AS$98.3 bilion (RM442.35 bilion) kepada AS$96.4 bilion (RM433.8 bilion).

Kerugian lebih RM8 bilion itu berlaku sebab Bank Negara guna rizabnya untuk menyekat kejatuhan kadar tukaran ringgit, tetapi gagal.

“Jadi selain menyiasat kegiatan forex tahun 1990-an itu, pihak-pihak yang kena siasat boleh tanya mengenai kegiatan forex yang sedang berlaku sekarang.

“Nak tanya pasal skandal 1MDB dan SRC International pun boleh juga sebab dua skandal bilion ringgit itu adalah antara punca nilai ringgit jatuh. Bila Bank Negara cuba nak sekat kajatuhan ringgit, Bank Negara pula rugi,” katanya.

The post Nak londeh Mahathir, Najib terlondeh: Sindir Kadir Jasin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?