PAS perlu masa pertimbang pakatan dengan Bersatu

ALOR SETAR, 28 Jamadilawal 1438H, Sabtu – PAS perlukan masa untuk pertimbangkan cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, kata setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, PAS perlu mengambil pendekatan ‘memilih’ kerana tidak mahu ‘sejarah lama’ berulang.

“Kita ada pengalaman yang cukup banyak dalam pakatan politik… era sekarang ini kita kena pick and choose,” katanya pada sidang media di Alor Setar, semalam.

Bagaimanapun, katanya seperti yang diputuskan PAS pusat sebelum ini, PAS negeri dibenarkan untuk mengadakan program atau aktiviti bersama Bersatu asalkan bukan dengan Parti Amanah Negara ataupun DAP.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang. – Bernama

The post PAS perlu masa pertimbang pakatan dengan Bersatu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?