Pegawai kanan tentera terlibat rasuah ditahan

BANGI, 26 Jamadilawal 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel (Lt.Kol) atas dakwaan rasuah sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Individu berusia 57 tahun itu dikatakan bertanggungjawab menguruskan unit penyelenggaraan di bahagian pekhidmatan kejuruteraan pertahanan Wisma Angkatan Tentera Malaysia.

Suspek ditahan di pejabat SPRM di Temerloh kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau ditahan selepas SPRM memintanya untuk hadir ke pejabat mereka bagi diambil keterangan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkannya.

Beliau dikatakan menerima sogokan daripada beberapa kontraktor, termasuk sebuah syarikat yang dimiliki oleh bapanya, sejak 2014.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan pegawai tentera itu untuk membantu siasatan.

The post Pegawai kanan tentera terlibat rasuah ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?