Pembunuhan Jong-nam dirancang teliti, dakwa bekas ejen perisik Korea Utara
SEOUL, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Seorang bekas ejen perisik Korea Utara, Kim Dong-sik berkata, penggunaan Agen Saraf VX dalam pembunuhan Kim Jong-nam menunjukkan rejim Stalin itu membangunkan kaedah pengganas jenis baharu.
Kes pembunuhan itu, katanya, memaparkan keunikan yang jarang dilihat di Pyongyang walaupun memiliki sejarah panjang keganasan menggunakan taktik kejam daripada jarum beracun sehingga nahas kereta terancang.
“Kes Jong-nam berbeza dari sebelumnya dan saya fikir ia adalah yang pertama seumpamanya,” kata Dong-sik dalam satu seminar di Parlimen, semalam.
Selain itu, beliau berkata, dua wanita yang menyapu wajah Jong-nam dengan VX sebelum meninggalkan tempat kejadian mungkin menjalani latihan berulang kali untuk menjadikannya seperti insiden semula jadi dan bukan cubaan membunuh.
“Mungkin suspek berlatih berpuluh kali melakukan pembunuhan dan ia dilakukan dengan lancar,” katanya sambil menambah suspek mungkin tidak mengakui mereka mengambil bahagian dalam pembunuhan seseorang.
Sementara itu, Ketua Institut Kebebasan Demokrasi Korea, Yoo Dong-ryul pula mendakwa Jong-nam mengalami masalah kewangan dan meminta Jong-un menampung perbelanjaan dirinya.
Sesetengah penganalisis mendakwa, Jong-nam terkenal kerana sering berjudi, berbelanja mewah dan gaya hidup berfoya-foya tidak dapat menikmati kehidupan seperti itu susulan pembunuhan bapa saudaranya, Jang Song-thaek, individu kedua paling berkuasa di Pyongyang sebelum dibunuh Jong-un pada 2013.
The post Pembunuhan Jong-nam dirancang teliti, dakwa bekas ejen perisik Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan