Polis nafi wanita langgar remaja berbasikal anak orang kenamaan

JOHOR BAHRU, 28 Jamadilawal 1438H, Sabtu – Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh menafikan pemandu wanita yang merempuh lapan remaja berbasikal sehingga menyebabkan maut adalah anak orang kenamaan.

Beliau berkata, spekulasi yang mengaitkan pembebasan wanita berusia 22 tahun itu kerana status keluarganya daripada golongan kenamaan, adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

“Beri masa kepada polis untuk lakukan siasatan, jangan terburu-buru membuat andaian,” katanya.

Sulaiman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dan gambar yang viral di media sosial yang mendakwa pembebasan wanita itu dengan jaminan polis kerana berkait dengan keluarganya yang merupakan golongan kenamaan, sehingga memaksa polis membebaskannya daripada tahanan.

Dalam kejadian awal pagi 18 Februari lalu, lapan remaja lelaki yang berbasikal maut selepas dirempuh pemandu wanita tersebut di Jalan Lingkaran Dalam.

Kejadian itu turut mengakibatkan empat lagi remaja lelaki patah kaki, 2 tidak stabil berikutan pendarahan di dalam otak, seorang luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Wanita itu pula ditahan untuk membantu siasatan dan kemudianya dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan harinya (19 Februari) selepas selesai keterangannya direkod.

The post Polis nafi wanita langgar remaja berbasikal anak orang kenamaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?