Tujuh planet seperti bumi terlalu jauh untuk manusia sampai


JUMAAT, 27 Jamadilawal 1438H, Jumaat
– Selepas pengkaji astronomi mengumumkan penemuan tujuh planet menyerupai bumi semalam, ada pihak bergurau ingin berpindah ke sana.

Namun, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad berkata, ia mungkin mustahil untuk manusia sampai kerana jaraknya kira-kira 350 trilion kilometer dari bumi.

“Amat mustahil manusia boleh sampai ke planet berkenaan berikutan tempoh jutaan tahun diperlukan untuk ke sana dari bumi.

“Roket yang mengangkut manusia ke planet baharu itu memerlukan kelajuan sepantas cahaya untuk tiba,” katanya kepada Berita Harian.

Semalam, pengkaji astronomi mengumumkan penemuan tujuh planet mengagumkan menyerupai bumi sekali gus menjanjikan potensi menemui kehidupan di luar Sistem Suria.

Menurut laporan jurnal Nature, secara kasar, tujuh planet itu sepadan dengan saiz dan jisim bumi serta muka bumi berbatu.

“Walaupun pengkaji astronomi menemui kewujudan air di planet berkenaan dan ketumpaannya lebih kurang sama dengan bumi, belum ada bukti wujud kehidupan seperti tumbuhan di sana.

“Planet berkenaan berada dalam sistem yang digelar Trappist-1. Ia umpama sistem suria iaitu sistem di mana bumi berada,” kata Dr Noordin sambil menjelaskan bahawa terlalu awal untuk membuat tanggapan terdapat hidupan di planet berkenaan meskipun terdapat air.

Penulis bersama kajian dan saintis di Universiti Cambridge, Amaury Triaud berkata, pihaknya merintis langkah penting ke arah mencari kehidupan di luar sana.

Sistem Trappist-1 yang hanya sejauh 39 tahun cahaya, mempunyai bilangan planet bersaiz bumi terbesar yang mengorbit satu bintang tunggal.

The post Tujuh planet seperti bumi terlalu jauh untuk manusia sampai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?