Turki mungkin adakan pungutan suara laksana hukuman mati

ANKARA, 29 Jamadilawal 1438H, Ahad – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan kemungkinan mengadakan satu pungutan suara untuk melaksanakan kembali hukuman mati di negara itu.

Kenyataan beliau dilbuat hanya beberapa minggu sebelum undian terhadap beberapa perubahan Perlembagaan untuk memperluaskan kuasa Presiden.

“Jika perlu, kita mungkin buka laluan untuk satu pungutan suara mengenai pelaksanaan hukuman mati,” kata Erdogan dalam satu perhimpunan di Manisa, barat Turki, semalam.

Terdahulu, Erdogan memberitahu, pemimpin negara perlu berbincang mengenai perkara itu di Parlimen.

“Perlu ada keputusan di peringkat Parlimen. Jika Parlimen bersetuju, saya selaku Presiden bersedia melaksanakannya (hukuman mati),” katanya.

Turki telah menghapuskan hukuman bunuh sejak 2004 sebagai memenuhi syarat menyertai Kesatuan Eropah (EU). – Agensi

The post Turki mungkin adakan pungutan suara laksana hukuman mati appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?