12 kawasan PAS Pulau Pinang lulus usul putus hubungan dengan PKR
PULAU PINANG, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.
Utusan Online melaporkan, kawasan PAS yang meluluskan usul menamatkan kerjasama itu adalah Batu Kawan, Bagan, Nibong Tebal, Permatang Pauh, Bayan Baru dan Bukit Bendera.
Turut berbuat demikian adalah PAS Kawasan Balik Pulau, Jelutong, Kepala Batas; Tasek Gelugor, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor
Bagaimanapun, usul itu dijangka diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan PAS kawasan tersebut yang akan diadakan pada 31 Mac ini.
Sehingga kini, hanya PAS Kawasan Tanjung belum membuat ketetapan memutuskan hubungan politik atau tahaluf siyasi dengan PKR negeri itu.
Kelulusan usul itu sekali gus memberi gambaran kerjasama antara kedua-dua parti tersebut di Pulau Pinang bakal menemui titik noktah.
The post 12 kawasan PAS Pulau Pinang lulus usul putus hubungan dengan PKR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan