905 pesalah syariah ditangkap di Terengganu tahun lepas
KUALA TERENGGANU, 29 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Seramai 905 orang telah ditangkap tahun lalu kerana melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Takzir) 2001 (Pindaan 2015).
Jumlah itu meningkat sebanyak 97 kes iaitu 12 peratus berbanding tahun 2015, seramai 808 orang sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, Kuala Terengganu mencatatkan daerah tertinggi tangkapan tahun lalu iaitu 345 orang, diikuti Kemaman (223), Marang (117), Besut, (98), Dungun (74), Setiu (22) dan Hulu Terengganu (16).
Berdasarkan jumlah tersebut, 774 orang yang ditangkap terlibat dengan kesalahan khalwat, manakala 128 zina atau seks bebas dan tiga ditahan kerana minum arak.
Beliau berkata demikian, sebagai menjawab soalan Satiful Bahari Mamat (PAS-Paka) yang minta penjelasan berhubung statistik tangkapan dan jenis kesalahan syariah yang berlaku tahun 2016.
The post 905 pesalah syariah ditangkap di Terengganu tahun lepas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan