Aktivis didenda RM10,000 tayang filem belum lulus LPF

KUALA LUMPUR, 23 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Seorang aktivis didenda RM10,000 atau penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menayangkan filem yang belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu selepas Lena Rasathi Hendry, 32, didapati bersalah pada 21 Feb lepas kerana menayangkan filem mengenai perang saudara di Sri lanka, ‘No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka’.

Lena, yang pernah bertugas sebagai koordinator di Pusat Komunikasi Masyarakat (Kosmas), didapati melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, di sini, pada pukul 9 malam, 3 Julai 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan sementara tertuduh, diwakili peguam New Sin Yew, memanggil tiga saksi. – Bernama

The post Aktivis didenda RM10,000 tayang filem belum lulus LPF appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?