Baju Melayu Allahyarham Haron Din dilelong RM3,500

KUALA LUMPUR, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Sepasang baju Melayu lengkap dengan samping yang pernah dipakai oleh bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, dilelong pada harga RM3,500, pada satu majlis di sini, malam tadi.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat perunding, Muhammad Hanif Jamaluddin, 30, membida baju Melayu itu dalam lelongan yang diadakan sempena majlis Makan Malam Dan Dialog Politik Bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Baju Melayu lengkap dengan butang pada awalnya dilelong pada harga RM400, sebelum beberapa kali dibida, termasuk oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebelum Muhammad Hanif membuat bidaan terakhir tertinggi.

Abdul Hadi kemudian menyerahkan baju Melayu itu kepada Muhammad Hanif.

Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, pada 16 September tahun lalu akibat komplikasi jantung. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California, Amerika Syarikat.

The post Baju Melayu Allahyarham Haron Din dilelong RM3,500 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?