Bekas ketua DAP Bahagian direman empat hari hina Najib
KUALA LUMPUR, 22 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau direman empat hari bermula hari ini atas tuduhan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Kuan Yaw bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dijalankan.
Sebelum itu Kuan Yau, 46, yang turut dikenali dengan gelaran ‘Superman’ tiba di Mahkamah Majisret di sini pada 8.20 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.
Kuan Yau ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang kira-kira 1 tengah hari semalam susulan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya pada 16 Mac lalu.
Polis dilaporkan turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan oleh Hew untuk membuat kenyataan berkenaan di Facebook.
Kuan Yau didakwa membuat kenyataan tersebut dengan memuat naik poster parodi filem animasi Walt Disney, ‘Beauty and the Beast’ yang disertakan dengan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 13 Mac.
The post Bekas ketua DAP Bahagian direman empat hari hina Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan