Betis koyak, jatuh eskalator di Sunway Pyramid

PETALING JAYA, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Seorang pengunjung wanita kompleks beli belah Sunway Pyramid mengalami insiden ngeri apabila kiri betisnya terkoyak akibat terjatuh daripada eskalator.

Wanita tersebut dipercayai terjatuh di eskalator ketika sedang membeli belah di kompleks itu, semalam.

Menerusi gambar yang viral di media sosial, wanita berkenaan dilihat menahan sakit sambil rakannya cuba mententeramkannya.

Dia kemudiannya dibantu kakitangan pusat beli-belah yang membawa pengusung bagi mengangkatnya.

Mangsa juga dilaporkan telah dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, pihak pengurusan Sunway Pyramid telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook rasminya, mengatakan pihak mereka akan menyiasat bagaimana insiden tersebut boleh berlaku sehingga mencederakan seorang pengunjung mereka.

The post Betis koyak, jatuh eskalator di Sunway Pyramid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?