Buktikan jika saya pengganas: Zakir Naik
SHAH ALAM, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – “Saya minta mereka yang tuduh saya pengganas, sila sebut demikian di hadapan khalayak,” kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Menafikan segala tohmahan yang menganggap dirinya sebagai pengganas, beliau pelik dituduh sedemkian, sedang beliau tidak pernah melakukan apa-apa aktiviti keganasan.
“Saya tidak pernah lakukan pemberontakan atau keganasan terhadap manusia sepanjang hidup. Saya hanya sampaikan mesej kedamaian kepada seluruh manusia
“Ada beberapa pihak yang tidak mahukan kedamaian wujud di dunia ini. Jadi, untuk merealisasikan perkara tersebut, pihak terbabit membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian.
Bagaimanapun Zakir Naik percaya mereka yang membuat tuduhan terhadap beliau mempunyai agenda tersendiri, demi kepentingan diri atau organisasi.
Katanya, berdasarkan tuduhan yang dilemparkan itu, tidak mustahil pihak yang menggelarnya sebagai pengganas mungkin seorang pengganas.
“Umumnya, ramai mengetahui ribuan penonton yang akan hadir jika saya mengadakan sesi ceramah dan ramai menerima mesej tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.
“Ada pihak yang tidak senang dengan tindakan saya, lantas mereka buat tuduhan tidak berasas terhadap saya, sedangkan saya menyampaikan mesej kedamaian kerana Allah SWT.
“Saya tidak hiraukan apa yang dilakukan mereka dan saya akan terus sampaikan mesej ini,” katanya.
Di sebalik tuduhan itu, Zakir Naik bersyukur kerana banyak negara Islam menyokong usahanya .
“Jika ditakdir masuk penjara pun saya tidak menyesal bahkan lega kerana menyampaikan mesej untuk kebaikan manusia sejagat,” katanya.
The post Buktikan jika saya pengganas: Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan