Cubaan rasuah Sultan Johor: SPRM dedah maklumat jika tak serah diri
PUTRAJAYA, 2 Rejab 1438H, Khamis –Individu yang cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran membawa gelaran ‘Tan Sri’, diberi tempoh hingga tengah malam ini untuk menyerah diri.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki, berkata, kegagalan berbuat demikian akan mendorong pihaknya mendedahkan identiti individu terbabit, termasuk mengedarkan gambarnya menerusi media.
Katanya, maklumat individu berkenaan diperoleh dalam pertemuan dengan Sultan Johor yang menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, Isnin lalu.
Terdahulu menerusi laman Facebook Sultan Johor, baginda bertitah menerima tawaran RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Ibrahim bertitah, individu itu pihak yang berkepentingan dalam pentadbiran kerajaan.
“Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini… tiada menteri terbabit, namun dia adalah orang tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur,” titah baginda.
The post Cubaan rasuah Sultan Johor: SPRM dedah maklumat jika tak serah diri appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan