Guru diberi amaran tidak jadikan sekolah tempat berpolitik
BAGAN SERAI, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Mana-mana guru yang didapati berpolitik di sekolah sehingga menjejaskan tanggungjawab serta tugas hakiki akan dikenakan tindakan tegas.
Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, sekolah bukan tempat untuk berpolitik, sebaliknya guru perlu memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanapun, katanya, guru yang hendak berpolitik perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan dan tidak menggunakan sekolah sebagai tempat berpolitik.
“Kita akan memanggil guru terbabit untuk memberikan nasihat sebelum mengambil tindakan menukar mereka ke tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat kolam udang kara di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid semalam yang berkata guru yang mahu berpolitik sepenuh masa diminta meletakkan jawatan mereka.
The post Guru diberi amaran tidak jadikan sekolah tempat berpolitik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan