Isma adakan mesyuarat agung, pemilihan pada 18 Mac

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 3 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bakal mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-15 di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur pada 18 Mac ini.

Setiausaha Agungnya, Dr Ahmad Kamsani Samingan berkata, mesyuarat agung kali ini adalah sangat istimewa kerana ia bersempena ulang tahun Isma yang ke-20.

Sesuai dengan tagline “Dua Dekad Pacak Manhaj Lakar Masa Depan”, katanya, mesyuarat agung ini bakal menjadi batu tanda penting yang akan melonjakkan dakwah Isma mendepani cabaran-cabaran baru pada dekad-dekad yang mendatang.

Beliau berkata, Presiden Isma, Al-Fadhil Ustaz Haji Abdullah Zaik Abdul Rahman dijadual akan menyampaikan ucapan dasar yang bakal menggariskan gagasan dakwah Isma yang akan menjadi tumpuan utama bagi sesi 2017-2019.

Seramai 419 perwakilan cawangan dan kira-kira 1000 orang pemerhati dalam dan luar negara di jangka hadir. Selain itu, seramai 50 pimpinan NGO dan tokoh masyarakat di jangka akan turut hadir ke majlis pembukaan mesyuarat agung perwakilan ini.

Dr Kamsani juga berkata, mesyuarat ini merupakan salah satu daripada tuntutan perlembagaan yang mana sekali gus akan menyaksikan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA yang baru bagi penggal 2017-2019.

Di samping itu, sebanyak tiga buah buku terbitan Isma termasuk kompilasi ucapan-ucapan dasar Presiden, akan turut dilancarkan semasa upacara perasmian mesyuarat.

Sempena mesyuarat agung ini juga, Isma dengan kerjasama pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) akan melancarkan klinik bergerak yang akan digunakan dalam misi-misi bantuan perubatan di kawasan-kawasan pedalaman.

The post Isma adakan mesyuarat agung, pemilihan pada 18 Mac appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?