Israel lulus rang undang-undang sekat laungan azan di masjid
BAITULMAQDIS, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Parlimen Israel memberi kelulusan peringkat awal terhadap dua rang undang-undang yang menghadkan laungan azan dan penggunaan pembesar suara di masjid.
Ia diluluskan pada peringkat awal lewat kelmarin selepas perbahasan hangat antara anggota parti pemerintah dan Ahli Parlimen Arab yang sebahagian mereka mengoyak salinan rang undang-undang itu serta diusir dari Dewan.
Dilaporkan 55 Ahli Parlimen menyokong, manakala 48 yang lain menentang.
Rang undang-undang yang mengharamkan penggunaan pembesar suara di sekat antara jam 11 malam dan 7 pagi akan dibahaskan lagi dengan tiga lagi bacaan sebelum ia menjadi undang-undang.
Ahli Parlimen Arab, Ahmed Tibi yang mengoyak salinan rang undang-undang itu dan dilarang meneruskap perbahasan berkata, undang-undang itu bersifat perkauman dan menegaskan, ia tidak akan berjaya mengekang umat Islam melaungkan azan di masjid.
Undang-undang itu jika dikuatkuasakan akan menyaksikan mereka yang melanggarnya didenda sebanyak 10,000 shekel (RM12,000).
Kira-kira 20 peratus rakyat Israel keturunan Arab dan beragama Islam. -Agensi
The post Israel lulus rang undang-undang sekat laungan azan di masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan