Kerajaan beri tempoh hingga tiga minggu tuntut mayat Jong-nam
PUTRAJAYA, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Kementerian Kesihatan memberi tempoh selama dua atau tiga minggu kepada ahli keluarga Kim Jong-nam untuk menuntut mayat mendiang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kerajaan menerusi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan akan membincangkan prosedur tuntutan mayat sekiranya tidak dituntut waris.
Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa mayat abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu masih berada di HKL.
“Kita maklum bahawa Jong-nam mempunyai isteri dan anak-anak. Mayat mangsa telah dikenal pasti, kita berharap mereka akan respon dan tampil menuntut mayat.
“Jika tiada, kita perlu menanganinya sebagai sebuah kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan, untuk membincangkan prosedur tuntutan mayat sekiranya tidak dituntut waris” katanya kepada pemberita, hari ini.
13 Februari lalu, Jong-nam, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) kerana menunggu untuk menaiki pesawat ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain dipercayai mengandungi racun.
Beliau segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal ketika dalam perjalanan. Lelaki itu tiba di Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol.
The post Kerajaan beri tempoh hingga tiga minggu tuntut mayat Jong-nam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan