Konflik Malaysia-Korea Utara tidak sampai berperang: Menteri

Sumber foto: NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

KUALA LUMPUR, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin bahawa krisis semasa dengan Korea Utara tidak akan mengheret kedua-dua negara kepada situasi perang.

“Kalau nak tanya akan sampai ke tahap perang.. tidak, walaupun keadaan suasana tegang (dengan Korea Utara) tapi takkan sampai perang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata, pembunuhan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) tidak begitu besar berbanding isu-isu antarabangsa yang dihadapi negara itu.

“Jadi saya tengok, kita kena lihat isu Korea Utara dalam perspektif yang sewajarnya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Malaysia tidak hanya bergantung kepada aset ketenteraan, sebaliknya memiliki sekutu rapat dan hubungan dua hala dengan negara-negara lain.

“Contohnya semasa (kehilangan pesawat) MH370, kita tak ada aset nak cari kapal terbang yang hilang tu. 26 negara tampil membantu kita dengan peralatan yang paling canggih.

“Ini kelebihan yang ada pada kita. Jangan bimbang dari segi nak kira aset sebuah negara yang berikan tumpuan tinggi kepada pertahanan aset mereka.

“Mungkin kita tak boleh menyaingi Korea Utara tetapi tak bermakna bahawa kita tak ada kelebihan kita sendiri untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan tapi tak sampai ke tahap itu (perang),” katanya.

Jong-nam meninggal dunia selepas mukanya disapu dengan ejen saraf VX semasa menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau.

Kejadian itu telah menimbulkan pelbagi konflik sehingga mencetuskan perbalahan diplomatik antara Pyongyang dan Putrajaya.

The post Konflik Malaysia-Korea Utara tidak sampai berperang: Menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?