LGBT perosak rumah tangga, pelakunya lebih hina daripada haiwan
LGBT adalah amalan penyimpangan orientasi seksual yang bertentangan dengan adat, agama dan fitrah manusia. Ia merosakkan maruah dan kehormatan manusia, meruntuhkan pembangunan sosial serta menjadi faktor gagalnya pembinaan sebuah keluarga bahagia.
Ibn Qayyim menyatakan bahawa Bangsa Arab pada abad pertengahan menggemari amalan songsang ini kerana mereka amat takutkan kehamilan.
Allah SWT mencipta fitrah kehidupan manusia dengan dorongan jasmani dan naluri. Salah satu daripada dorongan naluri adalah rasa cinta dan dorongan seksual antara lelaki dan wanita. Dorongan inilah yang berperanan melestarikan keturunan manusia di atas muka bumi ini.
Amalan pelaku-pelaku LGBT pastinya tidak dapat melestari keturunan manusia hasil daripada hubungan jenis sesama mereka, Sedangkan Allah merakamkan bahawa kehadiran zuriat adalah sebuah kebahagiaan rumah tangga:
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلاً
Maksudnya: “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan soleh yang kekal adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik menjadi harapan.” [Al Kahfi:46].
Ketagihan pasangan yang mengamalkan budaya seks LGBT sama sekali tidak menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Sikap marah, cemburu dan dendam pastinya timbul pada pasangan ini seterusnya akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk seperti pembunuhan dan sebagainya.
Keburukan amalan LGBT telah lama diperdebatkan oleh banyak pihak. Semua agama menolaknya dengan alasan perbuatan ini keji, kotor dan menjijikkan. Larangan Islam terhadap amalan songsang ini tidak lain dan tidak bukan ingin memelihara kemuliaan umatnya agar taraf manusia tidak jatuh hina seperti haiwan. Firman Allah:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Semua pihak perlu melipatgandakan usaha memerangi amalan LGBT ini. Ketaqwaan individu perlu dimantapkan sebagai benteng kukuh bagi melenyapkan terus budaya songsang tersebut. Dorongan ingatan sesama saudara, nasihat menasihati serta tindakan tegas dan hukuman berat terhadap pelaku LGBT perlu dikuat kuasa oleh pihak berwajib demi menjaga maslahat dan membangunkan sebuah ummah mengikut neraca syumul seperti yang digariskan dalam syariat Islam.
Ustazah Hjh Nornajwa Ghazali
Ketua Wanita Isma Ipoh
The post LGBT perosak rumah tangga, pelakunya lebih hina daripada haiwan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan