Lima guru hentam kerajaan diberi surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada lima guru yang  didakwa aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, semua guru berkenaan diberi tempoh dua minggu bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan. 

“Siang mereka mengajar di sekolah, malam mereka aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang.

“Kita juga dapati ada antara mereka mempunyai jawatan dalam parti pembangkang,” katanya.

Mahdzir bagaimanapun enggan mendedahkan identiti, sekolah dan negeri di mana kelima-lima guru berkenaan berkhidmat.

Semalam, Mahdzir mengingatkan kepada para guru agar meninggalkan kerjaya mereka sebagai pendidik, sekiranya bergiat politik menghentam kerajaan. 

Ia berikuatan katanya, perbuatan menghentam kerajaan adalah melanggar peraturan perkhidmatan awam.

“Jika mereka seorang guru, tetapi sudah naik pentas pembangkang, bersyarah dan hentam kerajaan, ada pula elemen tidak sihat dibangkitkan dan wujud unsur fitnah, saya ingatkan lebih baik tinggalkan profesion itu,” katanya. 

The post Lima guru hentam kerajaan diberi surat tunjuk sebab appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?