Malaysia masih kurang doktor

KUALA LUMPUR, 22 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Industri perubatan di negara kita masih kekurangan doktor, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Jelas beliau, kekurangan itu dapat digambarkan dengan nisbah seorang doktor bagi 656 pesakit.

“Ketika ini, negara memiliki 46,461 doktor dengan 35,545 daripadanya berkhidmat di sektor awam dan 12,446 doktor berkhidmat di sektor swasta.

“Justeru, negara memerlukan tambahan doktor bagi mengatasi masalah berkenaan dan mengekalkan status sebagai antara sistem perubatan terbaik di dunia,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN- Sipitang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut Hilmi berkata, antara faktor penyumbang negara kita kekurangan doktor adalah keranapertambahan bilangan penduduk, peningkatan beban penyakit.

“Selain itu, ia juga melibatkan jangkaan rakyat yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan dan peningkatan penggunaan perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Selain itu Hilmi memberitahu, majalah International Living telah mengiktiraf sistem penjagaan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia berbanding 24 negara lain selama tiga tahun berturut-turut.

Malah katanya, kajian penyelidikan Sri Lanka yang diterbitkan World Innovation Summit For Health di Doha turut memberikan pengiktirafan sama.

The post Malaysia masih kurang doktor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?