Mayat Jong-nam masih di HKL: Subramaniam
PUTRAJAYA, 29 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subrmaniam menafikan dakwaan mayat warga Korea Utara, Kim Jong-nam yang mati dibunuh 13 Februari lalu telah dibakar sebagaimana yang dilapor media.
Sebaliknya beliau mengesahkan bahawa mayat Jong-nam masih lagi disimpan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur.
“Terdapat pelbagai spekulasi mengenai status mayat Jong-nam, tetapi kita perlu pastikan dengan pasukan forensik kita dahulu.
“Setakat yang saya tahu, mayat mendiang masih di bilik mayat di HKL,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Tegas beliau, mayat abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu masih di bawah tanggungjawab kementeriannya sehingga menerima arahan daripada Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung tindakan selanjutnya.
“Rundingan antara Kementerian Luar dan kerajaan Korea Utara masih berjalan.
“Kita perlu menunggu keputusan dari perbincangan itu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan terhadap mayat mendiang,” katanya.
The post Mayat Jong-nam masih di HKL: Subramaniam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan