Mukhriz minta runding semula pembahagian kerusi
KUALA LUMPUR, 2 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya Jawatankuasa Perundingan Pembahagian Kerusi Pilihan Raya antara partinya dan pakatan harapan mengadakan rundingan semula dalam tempoh terdekat.
Ini kerana, katanya, jawatankuasa terbabit mengadakan perbincangan tanpa kehadiran PPBM baru-baru ini.
PPBM juga menurutnya sudah menyiapkan kajian pembahagian kerusi pilihan raya yang komprehensif menggunakan kaedah penelitian rapi serta berdasarkan data dan analisis sentimen yang terkini.
“PPBM hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk pucuk pimpinan parti pakatan harapan dan PPBM berbincang serta memutuskan prinsip asas pembahagian kerusi pilihan raya seperti dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Perundingan Pembahagian Kerusi Pilihan Raya dan Jawatankuasa Teknikal PPBM-PH.
“PPBM mencadangkan supaya perbincangan menerusi jawatankuasa perundingan itu ditangguhkan dahulu, namun jawatankuasa terbabit meneruskan perbincangan tanpa kehadiran PPBM.
“Perkara itu bagaimanapun sudah dimaklumkan kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan wakil PPBM tidak hadir dalam mesyuarat rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
The post Mukhriz minta runding semula pembahagian kerusi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan