PAS jemput PPBM runding pembahagian kerusi pilihan raya umum: Muhyiddin

PETALING JAYA, 10 Jamadilakhir 1438H, Khamis – PAS kini bersedia berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya umum akan datang, kata Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jika sebelum ini tiada sebarang hubungan bersama-sama PAS namun, kini mereka (PAS) telah menjemput kami untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PPBM di sini, semalam.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung jemputan itu sebaliknya berkata PPBM akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.

PPBM juga telah mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya dalam pilihan raya umum, katanya.

Namun, beliau enggan mendedahkan jumlah kerusi tersebut. – Bernama

The post PAS jemput PPBM runding pembahagian kerusi pilihan raya umum: Muhyiddin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?