PAS tutup terus pintu rundingan dengan PPBM
KOTA BHARU, 22 Jamadilakhir 1438H, Selasa – PAS mengambil keputusan menutup terus pintu rundingan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas parti itu sah menyertai pakatan harapan yang diketuai DAP semalam.
Susulan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut menegaskan bahawa segala perbincangan serta rundingan parti itu dengan PPBM sebelum ini sebagai terbatal.
“Dasar kita, rundingan itu berjalan selagi PPBM tidak sertai pakatan pembangkang, sekarang sudah rasmi sertainya, maka berhentilah setakat itu, tidak ada perbincangan, tidak ada rundingan,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.
PPBM kini sah bergabung dengan parti-parti yang pernah menjadi musuh politik beliau di dalam pakatan harapan yang diketuai DAP.
Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu, sekretariat pakatan harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut.
The post PAS tutup terus pintu rundingan dengan PPBM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan