Penyerang London dikenal pasti sebagai Khalid Masood
LONDON, 25 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Polis mengenal pasti penyerang yang menyebabkan tiga kematian dalam serangan di luar bangunan Parlimen Britain, semalam, adalah warga negara itu dikenali sebagai Khalid Masood, 52.
Dia yang dilahirkan di Kent, tenggara England menggunakan kenderaan 4×4 merempuh pejalan kaki di atas Jambatan Westminster, menyebabkan 40 cedera, dua daripadanya maut. Dia juga menikam mati seorang anggota polis ketika keluar dari kenderaan menuju ke pintu pagar Parlimen.
Polis Metropolitan London dalam kenyataan berkata, Masood turut dikenali dengan beberapa nama lain, tinggal di West Midlands.
“Lelaki itu adalah warga Britain… beberapa tahun lalu dia disiasat oleh MI5 kerana disyaki terbabit dalam keganasan,” kata Perdana Menteri Britain, Theresa May kepada Parlimen, semalam.
Sementara itu, polis Britain menangkap beberapa individu bagi menyiasat hubung kait mereka dengan penyerang yang kemudian ditembak mati. Polis juga menyerbu beberapa tempat di London, Birmingham dan beberapa kawasan lain.
Menurut laporan rasmi, empat terbunuh, termasuk Masood dan 29 lagi sedang dirawat di hospital, tujuh daripadanya dalam keadaan kritikal.
Jurucakap polis percaya Masood melakukan serangan sendirian, setelah menyewa sebuah kenderaan untuk melakukan serangan itu. – Agensi
The post Penyerang London dikenal pasti sebagai Khalid Masood appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan