Rakyat Mesir kecewa Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh

KAHERAH, 4 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak telah dibersihkan daripada pertuduhan membunuh penunjuk perasaan ketika pemberontakan pada tahun 2011, membawa kepada satu pengakhiran kepada kes politik yang telah berlangsung hampir enam tahun.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan Mesir adalah muktamad, tiada ruang bagi sesuatu rayuan atau perbicaraan semula terhadap bekas diktator yang berusia 88 tahun itu.

Keputusan mahkamah telah menyebabkan ramai rakyat kecewa terutamanya mereka dari kalangan belia yang berkhemah di Dataran Tahrir, Kaherah pada tahun 2011 untuk menggulingkan Hosni.

Kira-kira 800 orang telah dibunuh oleh pasukan keselamatan Mesir semasa revolusi 2011.

Pada bulan Ogos tahun tersebut, Mubarak pertama kali muncul di mahkamah untuk dibicarakan kerana telah bersubahat kematian mereka.

Dia didapati bersalah pada bulan Jun 2012 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Tetapi enam bulan kemudian hukuman itu dibatalkan dan pada tahun 2014 semua caj digugurkan kerana masalah teknikal undang-undang.

Keputusan mahkamah semalam mengekalkan keputusan pada tahun 2014. – Agensi

The post Rakyat Mesir kecewa Hosni Mubarak bebas tuduhan bunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?