Saya berdebat dengan bukan Islam dan munafik, kata Zakir Naik
KUALA LUMPUR, 13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik menolak sebarang anjuran perdebatan yang melibatkan dirinya dengan orang Islam yang lain.
Tegasnya, beliau hanya akan berdebat dengan orang bukan Islam.
“Saya boleh berdebat, tetapi bukan dengan orang Islam. Saya sedia berdebat dengan orang bukan Islam atau orang Islam yang jelas munafik.
“Ramai mahu berdebat dengan saya, tetapi saya tegaskan prinsip saya adalah tidak akan berdebat dengan orang Islam,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian.
Beliau berkata demikian susulan cadangan Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru ini yang menawarkan diri untuk mengatur pertemuan antaranya dengan aktivis liberal, Siti Kasim.
Jelas Zakir Naik, beliau tidak mengenali Siti Kasim, tetapi beliau percaya wanita itu seagama dengannya.
Terdahulu, Siti Kasim, menerusi status laman sosial Facebooknya berkata, debat yang diusulkan itu hanyalah satu cabaran bodoh yang tidak sepatutnya dikeluarkan.
Siti Kassim juga menyatakan keengganannya untuk bertemu Zakir Naik dengan alasan ianya membuang masa.
Dia juga melabelkan pihak yang mengajaknya supaya bertemu dengan Zakir Naik sebagai keldai.
Siti Kasim bersama 18 orang, termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy,telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia kerana mendakwa melindungi pendakwah terkenal itu.
The post Saya berdebat dengan bukan Islam dan munafik, kata Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan