Sembilan lagi individu terlibat Daesh ditahan

KUALA LUMPUR, 25 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Sembilan lelaki tempatan ditahan di beberapa negeri kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Daesh.

Semua suspek berusia antara 20 hingga 46 tahun itu ditahan di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor dalam operasi yang dilancarkan Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas (E8) Bukit Aman.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tangkapan pertama di Klang, Selangor membabitkan seorang lelaki berusia 27 tahun bertugas sebagai juruteknik Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Suspek adalah anggota sel kumpulan Gagak Hitam yang terbabit dalam insiden letupan Kelab Movida di Puchong, Selangor.

“Dia turut mengaku menyalurkan dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi di Syria untuk kegunaan kumpulan Daesh di negara itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, suspek lain yang ditangkap dalam serbuan di Kulim, Kedah dan Ipoh, Perak pula membabitkan seorang guru sekolah rendah berusia 37 tahun dan pengawal keselamatan berusia 39 tahun.

Jelas Khalid, guru terbabit mengaku menyebarkan ideologi Salafi Jihadi kumpulan pengganas Daesh melalui Facebook bertujuan merekrut anggota baharu, manakala pengawal keselamtan itu merancang menyusup keluar dari negara ini untuk menyertai perjuangan Daesh di Syria atau selatan Filipina.

“Serbuan seterusnya dilakukan di Tapah dan Bidor, Perak pada 17 Mac lalu, yang mana pasukan E8 menahan dua suspek iaitu seorang pembantu kedai makan dan seorang pemilik kedai haiwan peliharaan, masing-masing berusia 31 dan 28 tahun.

“Siasatan mendapati pembantu kedai makan itu merancang menyerang balai polis di Tapah, Perak dan berhubung dengan anggota Daesh di Indonesia untuk mendapatkan bahan letupan,” katanya.

Khalid berkata, semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA – Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

The post Sembilan lagi individu terlibat Daesh ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?