Separuh kakitangan awam terlibat rasuah usia bawah 40 tahun

PUTRAJAYA, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Separuh daripada pegawai dan kakitangan awam Malaysia yang didapati bersalah terlibat dengan rasuah adalah berusia bawah 40 tahun.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, hari ini.

Beliau berkata, gaya hidup hari ini mendesak penjawat awam muda untuk terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita mempunyai kes di mana pegawai-pegawai kerajaan muda dan kerani mampu membeli model terbaru iPhone dan memandu kereta mahal.

“Gaya hidup mewah mereka tidak sepadan mengikuta skala gaji kerajaan untuk membayar pegawai muda dan pembantu pentadbiran,” katanya dalam forum dengan Kementeria Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, di sini hari ini.

Jelasnya, sebanyak 2,329 tangkapan dibuat bagi kesalahan rasuah antara tahun 2014 hingga 2016. Daripada jumlah berkenaan, 1,267 orang daripada mereka berumur 40 tahun ke bawah.

Menurutnya, daripada jumlah itu juga 50 peratus daripadanya adalah kakitangan awam.

Senada dengan pandangan Shamshun Bahrin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki menyifatkan gejala rasuah yang berlaku di negara ini semakin serius.

“Berdasarkan kepada statistik, 665 kertas siasatan telah difailkan terhadap pegawai kerajaan pada tahun lepas. Dan pada Februari 2017, kita telah menahan 548 penjawat awam bagi kesalahan rasuah.

“Oleh sebab itu SPRM lebih agresif dalam memerangi rasuah di kalangan penjawat awam sejak Ogos tahun lepas,” katanya.

The post Separuh kakitangan awam terlibat rasuah usia bawah 40 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?