SPRM tahan Sarjan, Koperal polis

KANGAR, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini, menahan dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah kerana dipercayai terbabit dengan rasuah.

Pengarahnya, Yaacob Angah berkata, anggota dari unit peronda polis (MPV) berumur 30-an hingga 50-an itu ditahan di sempadan Kedah/Perlis bagi membantu siasatan satu kes meminta rasuah sebanyak RM4,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Yaacob berkata kedua-dua anggota polis itu didakwa meminta rasuah daripada seorang pengedar daun ketum.

Difahamkan, pengedar daun ketum itu pernah ditahan sebelum ini wang suapan itu adalah sebagai jaminan tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan berkenaan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama

The post SPRM tahan Sarjan, Koperal polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?