SPRM tetap siasat kes penyelewengan MT UMNO

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1438H, Sabtu – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki menegaskan, pihaknya akan meneruskan siasatan berhubung kes seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dikatakan melakukan penyelewengan.

Beliau berkata, meskipun pihak terbabit menarik semula laporan polis yang dibuat, SPRM tetap akan menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dengan memanggil saksi-saksi boleh membantu siasatan.

“SPRM akan tetap meneruskan siasatan dan saksi-saksi yang boleh membantu akan turut dipanggil,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Sebelum ini, seorang pengarah pemasaran sebuah syarikat mendakwa, yayasan milik seorang ahli MT UMNO melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta yang diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Rabu lalu, SPRM melalui kenyataannya memaklumkan, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan tersebut dan akan menelitinya sebelum membuka kertas siasatan.

Bagaimanapun, individu itu menarik balik laporan polis dan kenyataan yang dibuat terhadap yayasan berkenaan, kelmarin.

Dalam pada itu, Azam memberitahu kes tersebut akan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

The post SPRM tetap siasat kes penyelewengan MT UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?