Teksi, Uber bekerjasama guna aplikasi sama
KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) memulakan kerjasama dengan Uber Malaysia yang menyaksikan penggunaan aplikasi Uber membabitkan teksi gabungan itu secara berperingkat bermula hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Big Blue Taxi Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, memorandum persefahaman bagi kerjasama itu akan ditandatangani esok yang menyaksikan 500 teksi di bawah GPST akan terlibat pada peringkat permulaan.
“Kerjasama itu dilihat satu perubahan positif untuk menyatukan industri teksi dengan Uber Malaysia.
“Operasi Uber Malaysia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), cuma kelulusannya akan diumumkan selepas pembentangan di Parlimen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, kerjasama itu mampu memberi manfaat kepada pemandu teksi berikutan aplikasi teksi sebelum ini tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai disebabkan kekurangan sokongan. – Bernama
The post Teksi, Uber bekerjasama guna aplikasi sama appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan