Tujuh maut nahas helikopter di Turki

ISTANBUL,13 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Tujuh orang terkorban apabila sebuah helikopter peribadi terhempas di Turki semalam selepas melanggar sebuah menara televisyen.

Agensi berita Anadolu memetik kenyataan Kementerian Pengangkutan Turki sebagai berkata, helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Ataturk sekitar jm 11.16 pagi waktu tempatan sebelum terhempas kira-kira empat minit kemudian.

Tambah agensi itu, tiada seorang daripada mangsa yang terselamat dalam nahas terbabit.

Sementara itu, agensi berita Dogan pula melaporkan, helikopter jenis Sikorsky S-76 yang membawa dua juruterbang serta lima penumpang itu dimiliki oleh seorang konglomerat Turki, Bulent Eczacibasi.

Eczacibasi dalam satu temu bual televisyen kemudian mengesahkan bahawa terdapat empat tetamu dari Rusia turut berada dalam helikopter itu ketika nahas berlaku.

“Tujuh orang terkorban dalam nahas ini dan saya mahu mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat,” kata Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas seperti dilaporkan Hurriyet Daily.

Rata-rata media Turki membuat spekulasi nahas tersebut mungkin berpunca daripada kabus tebal yang mengganggu penglihatan juruterbang.

Istanbul sejak beberapa hari lalu dilanda kabus tebal hingga menyukarkan pandangan selain memaksa operasi perkhidmatan feri dan penerbangan ditangguhkan..– Agensi

The post Tujuh maut nahas helikopter di Turki appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?