UMNO bertanggungjawab jika pindaan Akta 164 diluluskan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – UMNO bertanggungjawab sepenuhnya di hadapan Allah jika Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] diluluskan, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sebarang pindaan undang-undang mestilah bertujuan untuk menambah baik, namun katanya Akta 164 jelas meruntuhkan kebaikan sedia ada.

“Sebaliknya, pindaan kali ini jelas meruntuhkan kebaikan sedia ada, malah merosakkan akidah dan menyekat muslim daripada mengamalkan hukum syariah untuk diri dan keluarganya,” katanya.

Serentak itu, beliau menggesa umat Islam supaya bersatu menolak pindaan akta itu yang disifatkan mengancam akidah Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan negara.

Pindaan Akta 164 yang diusulkan dalam bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan agama anak kepada pasangan yang bercerai kerana seorang daripada mereka memeluk Islam, kekal mengikut agama asal perkahwinan pasangan terbabit.

Menerusi pindaan akta itu yang terkandung dalam Seksyen 88A (seksyen baharu), penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuan ibu bapa anak terbabit.

Pindaan itu juga mewujudkan seksyen baharu iaitu 51A yang menetapkan jika seorang daripada pasangan memeluk Islam dan meninggal dunia sebelum perkahwinan mereka dibubarkan, mahkamah berkuasa membahagikan aset perkahwinan pasangan terbabit.

Pasangan bukan Islam turut mempunyai hak memfailkan perceraian di mahkamah sivil dan menuntut nafkah, hak jagaan anak, pembahagian aset perkahwinan.

The post UMNO bertanggungjawab jika pindaan Akta 164 diluluskan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?