Waris penumpang MH370 saman MAS, empat yang lain

KUALA LUMPUR, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Waris penumpang MH370 mengambil tindakan undang-undang menyaman syarikat penerbangan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan empat yang lain sebagai ganti rugi ke atas kehilangan pesawat malang berkenaan.

Mereka menyifatkan bahawa kehilangan pesawat MH370 dan semua 239 penumpang dan anak kapal tidak akan berlaku jika tiada kecuaian dilakukan oleh pihak MAS, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan dalam mengawasi ruang udara Malaysia.

Mereka menuntut ganti rugi atas kesalahan defendan yang didakwa menyebabkan waris penumpang menderita kerugian sokongan kewangan, kasih sayang keluarga, kemudaratan psikologi dan trauma.

Waris berkenaan memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi hari ini melalui peguam utama mereka, Leong Yeen San dan Louis Lim.

Dua plaintif, warga China, Jiang Hui, 44, dan Xu Jinhong, 45,- kedua-duanya menganggur – hadir di kompleks mahkamah untuk proses pemfailan saman.

Jiang berkata, dia kehilangan kerja ekoran mencari kebenaran mengenai kehilangan pesawat malang berkenaan, dan terpaksa menjalani sesi kaunseling untuk mengatasi kesedihan atas kejadian itu.

Menerusi dokumen mahkamah itu, mereka berkata, 15 penumpang menaiki pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Mereka berkata, MAS adalah pemilik dan pengendali penerbangan serta bertanggungjawab untuk pengurusan dan operasi selamat.

Pada 29 Januari 2015, Ketua Pengarah DCA mengisytiharkan bahawa pesawat MH370 sebagai kemalangan dan ke semua penumpang termasuk anak kapal dianggap telah terkorban.

Pesawat malang berkenaan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

The post Waris penumpang MH370 saman MAS, empat yang lain appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?