Kerajaan tiada hasrat putus hubungan dengan Korea Utara
SUBANG, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Timbalan Perdana Menteri memaklumkan kerajaan tiada hasrat untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara susulan pembunuhan warganya, Kim Jong-nam pada bulan lalu.
Serentak itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia tidak akan menutup pejabat kedutaannya di Korea Utara meskipun berlaku ketegangan sebelum ini.
Jelas beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan rakyat Korea Utara di sini untuk pulang ke negara asal mereka berdasarkan hubungan bilateral Malaysia-Korea Utara.
“Mereka (rakyat Korea Utara) yang berada di depoh Jabatan Imigresen pula akan diuruskan untuk dihantar pulang ke negara berkenaan.
“Selain itu, rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia adalah tertakluk dengan akta Imigresen, justeru perkara itu tiada perubahan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
The post Kerajaan tiada hasrat putus hubungan dengan Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan