Polis tahan majikan rakam pembantu rumah cuba bunuh diri

KUWAIT, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Seorang majikan wanita ditahan berikutan tindakannya merakam detik cemas pembantu rumahnya yang cuba membunuh diri dari tingkat tujuh bangunan, tanpa sebarang usaha menyelamatkannya, lapor media.

Wanita Kuwait berkenaan dilaporkan merakam tindakan pembantu rumahnya dari Ethopia yang dilihat berada di luar tingkap dengan sebelah tangan berpaut bingkai tingkap, sebelum memuat naik kejadian itu di laman sosial.

Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan wanita Kuwait berkenaan memberitahu pembantu rumahnya supaya naik semula. Pembantu rumahnya dilihat ketakutan dan meminta supaya memegang dan menahannya daripada jatuh.

Bagaimanapun, majikannya tidak membuat sebarang tindakan sebaliknya terus merakam insiden tersebut.

Wanita Ethopia itu bagaimanapun gagal bertahan, sebelum jatuh di atas ‘awning’ kediaman di bawah. Mangsa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dan pendarahan di hidung, telinga dan patah lengan.

Polis menahan majikan berkenaan atas kesalahan tidak membantu mangsa. Bagaimanapun, sebab mangsa cuba membunuh diri tidak dinyatakan.

Sementara itu, Persatuan Hak Asasi Manusia Kuwait menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu dan merujuk wanita berkenaan ke mahkamah. – Agensi

The post Polis tahan majikan rakam pembantu rumah cuba bunuh diri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?