Tanah runtuh: 38 terbunuh, puluhan masih hilang di Jawa Timur

JAKARTA, 4 Rejab 1438H, Sabtu – Tiga puluh lapan orang disahkan maut dan puluhan lagi dilaporkan masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Desa Banaran, Pulung di Ponorogo, Jawa Timur hari ini.

Menurut laporan beberapa media dalam talian yang memetik Komandan Komando Daerah Tentera Ponorogo, Slamet Sarjianto, jumlah mangsa terkorban adalah berdasarkan laporan yang diterima sebaik operasi mencari dan menyelamat digerakkan sejurus kejadian pada tengah hari tadi.

“Menurut keterangan warga, sebanyak 38 orang termasuk 16 pekerja ladang halia tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu,” katanya.

Slamet berkata, runtuhan tanah itu menimbus 30 buah rumah di kawasan bukit berkenaan yang diteroka penduduk sebagai ladang halia sejak bertahun-tahun lalu.

Beliau juga berkata, susulan kejadian, ratusan penduduk Desa Banaran telah dipindahkan ke kawasan selamat dan pihak berkuasa menyediakan khemah sementara untuk mereka.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat secara manual bagaimanapun dihentikan sejak 5 petang tadi (waktu tempatan) bagi menunggu bantuan jentera berat untuk membersihkan runtuhan tanah tersebut. – Bernama

The post Tanah runtuh: 38 terbunuh, puluhan masih hilang di Jawa Timur appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?