1MDB: ARMADA setuju tak boleh campur tangan asing, tapi…


PADA
dasarnya saya setuju bahawa campur tangan asing tidak diperlukan dalam mengendalikan isu negara, namun begitu, Isu 1MDB tidak boleh dipukul sama rata seperti kes-kes yang lain.

Ini kerana skandal 1MDB telah melibatkan banyak negara termasuklah Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Tindakan badan undang-undang Amerika Syarikat atau disebut sebagai Department of Justice (DOJ) adalah kerana wang 1MDB telah diselewengkan di dalam negara mereka dan melanggar undang-undang mereka. Oleh kerana itu mereka mempunyai hak untuk bertindak dalam kerangka dan bidang kuasa mereka kerana kesalahan telah dilakukan dalam tanah Amerika Syarikat.

Ini bukan isu campur tangan, ini isu hak Amerika Syarikat mengambil tindakan dalam negara demi memastikan kemungkaran tidak merebak di dalam negara mereka.

Tindakan undang-undang juga telah dilaksanakan ke atas individu-individu yang terlibat dengan penyelewengan wang 1MDB di Switzerland dan Singapura.

Jelas negara-negara ini tidak berkompromi dengan penyelewengan, sepatutnya Malaysia sebagai negara Islam mengambil tindakan yang sama bagi mencegah kemungkaran berleluasa. Namun begitu, sewaktu kes 1MDB dibuka, peguam negara dan ketua hakim negara dipecat. Bagaimana keadilan hendak diangkat?

Maka saya mohon DS untuk bersama rakan pembangkang yang lain untuk mendesak pihak kerajaan untuk selesaikan masalah ini sendiri seperti saranan DS.

Saya juga berharap dan bersangka baik yang kenyataan DS ini bukan dicetuskan kerana tuduhan blogger Pro-BN Raja Petra Kamarudin yang menuduh Saudara Syed Saddiq bersama-sama Tun Mahathir dan Tun Daim membayar DOJ untuk mengeluarkan laporan. Ini kerana perkara ini telah kami nafikan di sidang media baru-baru ini.

Semoga Allah memberkati DS Tok Guru Haji Hadi. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Ulya Aqamah Bin Husamudin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi,
Ketua Penerangan ARMADA
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

BERITA BERKAITAN:

Hadi Awang tolak campur tangan asing dalam isu 1MDB

The post 1MDB: ARMADA setuju tak boleh campur tangan asing, tapi… appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian