Askar Afghanistan tembak meriam ke arah tentera Amerika, tiga cedera

KABUL, 23 Ramadan 1438H, Ahad – Sekurang-kurangnya tiga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) cedera apabila askar Afghanistan melepas tembakan ke arah sebuah pangkalan tentera di utara negara itu, kata Kementeran Pertahanan sambil menambah ianya adalah ‘serangan dari orang dalam’.

Serangan yang dikenali sebagai ‘green-on-blue’ ke atas Kem Shaheen tidak jauh dari bandar ketiga terbesar di Afghanistan – Mazar-i-Sharif – adalah perkembangan terbaharu insiden bersiri di mana askar Afghanistan mengalihkan senjata mereka ke arah pasukan antarabangsa yang melatih mereka.

Serangan itu berlaku tatkala AS dijangka menghantar lebih ramai anggota tentera ke wilayah konflik berpanjangan itu, ketika Taliban meningkatkan kempen menentang kerajaan yang disokong Barat.

“Maklumat awal menunjukkan tiga anggota tentera Amerika yang melawat pangkalan itu cedera,” kata Jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Mohammad Radmanish.

Pasukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diketuai AS mengesahkan tiada kematian membabitkan anggota mereka.

“Pada masa ini kami mengesahkan tiada askar sokongan AS atau NATO terbunuh dalam serangan itu. Bagaimanapun, tiga askar Amerika cedera, seorang askar Afghanistan terbunuh dan seorang lagi juga cedera,” kata kenyataan pasukan itu.

Serangan green-on-blue menjadi masalah utama sejak NATO ditempatkan bersama tentera Afghanistan.

Pegawai-pegawai Barat berkata, kebanyakan serangan seperti itu berlaku akibat dendam peribadi dan salah faham mengenai budaya masyarakat tempatan. – Agensi

The post Askar Afghanistan tembak meriam ke arah tentera Amerika, tiga cedera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian