Dua terbunuh dalam kemalangan bas ekspres

HULU SELANGOR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Seorang pemandu bas ekspres dan seorang penumpang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 422.5, Lebuhraya PLUS arah selatan, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, berkata dalam kemalangan itu, 24 lagi penumpang terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Setakat ini, pemandu bas yang maut dikenali sebagai Arasu Muniandy berusia 44 tahun dan seorang penumpang warga Indonesia dikenali sebagai Masenah, 46 tahun,” katanya.

Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kangar ke Johor Bahru itu, dilaporkan gagal dikawal sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan di laluan antara Bukit Tagar ke Bukit Beruntung.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini, termasuk mengambil kira faktor kemungkinan laluan gelap atau pemandu keletihan,” katanya.

Kemalangan berkenaan mengakibatkan aliran trafik menuju ke arah ibu negara bergerak perlahan sejauh dua kilometer, selepas hanya satu dari tiga lorong di laluan berkenaan dibuka untuk digunakan.

The post Dua terbunuh dalam kemalangan bas ekspres appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian