Moratorium bauksit dilanjut sehingga PRU14 tamat

KUALA LUMPUR, 2 Syawal 1438H, Isnin – Tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan yang sepatutnya berakhir 30 Jun ini, akan dilanjutkan sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau menegaskan tindakan melanjutkan tempoh moratorium sehingga tamat PRU14 bukan “permainan politik” dan berharap masyarakat boleh melihat perkara itu daripada sudut lebih luas.

“Keputusan ini perlu ditetapkan kerajaan yang memerintah. Mandat yang kita ada ialah sehingga PRU dan selepas itu bergantung kepada kerajaan yang memerintah untuk buat keputusan. Sudah pasti kena tunggu PRU,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, ketetapan itu dipersetujui bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, memandangkan hal berkaitan bauksit bukan lagi “hak mutlak” kerajaan Pahang, ekoran isu pencemaran yang berbangkit sebelum ini.

“Saya juga suka apabila kerajaan persekutuan bekerjasama membantu menyelesaikan masalah ini. Tapi ini bukan bermaksud saya mahu lepas tangan…tapi saya memang lega apabila mereka bantu.

“Kita setuju lanjut tempoh moratorium (sehingga PRU), tapi kerajaan negeri serahkan kepada kerajaan persekutuan untuk sebarang keputusan akhir,” katanya.

Pada 27 Mac lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit yang bermula 15 Januari 2016 dilanjutkan sehingga 30 Jun ini bagi memberi peluang pengusaha menghabiskan baki stok.

Ditanya dakwaan sesetengah pihak aktiviti perlombongan secara haram berlaku dalam tempoh pelaksanaan moratorium, Adnan berkata, terdapat 2 kemungkinan dalam hal itu.

Katanya, kehadiran lori bauskit di jalan raya seperti dakwaan penduduk setempat boleh disebabkan tindakan pengusaha mempunyai permit import khas (AP) bagi menghabiskan baki stok yang dilombong sebelum tempoh moratorium berkuat kuasa.

“Saya rasa kita juga tidak boleh tolak kemungkinan ada yang melombong secara haram…yang paling saya perhatikan, apabila buat secara sulit, mereka lakukan elok pula. Semasa diberikan kebenaran (melombong), mereka buat sambil lewa sehingga ada pencemaran.

“Kita akan siasat, tetapi kuasa (mengeluarkan) AP dan permit penguatkuasaan ada pada menteri dan beliau sentiasa bertanya dengan kerajaan negeri mengenai perkembangan semasa,” katanya. -Bernama

The post Moratorium bauksit dilanjut sehingga PRU14 tamat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian