Nota Dzatiah; Yang tercatat kemas dalam buku catatanku – Dr Norbaiyah

AMEERUL MUTTAQEEN, 5.5 tahun
TAUFEEQ MUTTAQEEN, 4 tahun
HIMMAH ALEEYAH, 2.5 tahun

DZATIAH ALEEYAH, 9 hari

Definisi DZATIAH yang tercatat kemas dalam salah satu buku nota Daurah yang saya hadiri:

“Daya tolakan dalaman yang kuat, yang menolak seseorang untuk melakukan sesuatu amal untuk mencapai matlamat tertentu, dan dia sanggup menanggung risiko atau kepayahan demi tindakan tersebut”.

Seorang yang memiliki dzatiah akan sentiasa mencabar dirinya melakukan sesuatu amal di luar rutin kebiasaan, kerana memahami syurga Allah itu mahal harganya.

Seorang yang memiliki dzatiah melakukan suatu amal kerana kemahuan dan kesedaran dirinya untuk mencapai syurga tertinggi, bukan semata bersandarkan persekitaran, tekanan orang lain mahupun ganjaran duniawi.

Salah satu kisah di dalam Al-Quran yang menggambarkan sifat dzatiah adalah tindakan burung hud-hud yang tidak hadir ke majlis rutin perbarisan harian, kerana usahanya mencari kaum yang masih belum bertauhidkan Allah, dan bertemulah ia dengan kaum Puteri Balqis.

Satu kisah dzatiah di dalam seerah adalah, tindakan Saidina Abu Bakar yang menginfakkan seluruh hartanya untuk jihad fi sabilillah.

Satu kisah dzatiah di dalam catatan kisah-kisah ahli Ikhwan adalah seorang al akh yang sanggup bangun di tengah malam sewaktu mukhayyam, sedang akh-akh yang lain sedang lena tidur untuk membasuh baju-baju kotor sahabat-sahabat yang lain serta membersihkan bilik air dan tandas.

Mengapa perlu ada sifat DZATIAH?

1. Kerana di akhirat kelak, kita semua akan dinilai seorang demi seorang. Sehebat manapun jemaah yg disertai, persatuan yang menjadi medan perjuangan, keturunan kita dilahirkan, akhirnya, amal fardhi adalah bekalan dan yang akan dinilai untuk masuk ke syurga Allah. Berada bersama kumpulan yang baik, persekitaran yang soleh, namun jika amal sekadar biasa2.. belum cukup menjadikan kita hebat pada neraca amal Allah.

2. Dzatiah adalah faktor yang akan membuahkan thabat dan istiqamah. Dzatiah akan mengelakkan kita berasa bosan dengan suatu-suatu amal, kerana sentiasa ada ufuk-ufuk baru dalam amal yang tercipta kerana sifat dzatiah. Contohnya, sudah rutin, setiap hari kita solat fardhu lima waktu, Ramadhan kali ini kita cabar diri untuk tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib, apabila solat sunat rawatib sudah menjadi kebiasaan, kita tingkatkan amal dengan memastikan setiap waktu solat berjemaah di awal waktu. Cabaran-cabaran baru dalam amal akan membuahkan kemanisan dalam beramal apabila kita jelas matlamat untuk mencapainya dan bermujahadah untuk mencapainya.

3. Hakikatnya, syurga Allah itu mahal harganya. Adakah kita mampu menjadi penghuni syurga Allah dengan amal yang ala kadar? Sungguh, beribadat sepanjang hayat pun belum pasti layak membeli syurga Allah, namun DZATIAH yang tinggi adalah usaha, hujah kita untuk mendapatkan rahmat Allah agar diri ini layak masuk ke syurgaNya.

Semoga, DZATIAH ALEEYAH binti Mohd Afzal Alias, sentiasa menjadi inspirasi Abi dan Ummi untuk beramal sebaiknya demi mencapai mardhatillah.

Dr Norbaiyah Mohamed Bakrim,

Timbalan Ketua Wanita Isma Kuantan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?