Tak perlu sidang Parlimen tergempar bincang isu DoJ: Azalina

KOTA TINGGI, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Cadangan pembangkang untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan saman sivil terbaru dikemukakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah tidak perlu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana isu berkenaan adalah kesinambungan saman sivil yang lama dan perkara itu pernah dijawab dalam persidangan Parlimen yang lepas.

Tambahan pula, beliau berkata pembangkang turut mempunyai pelbagai platform lain pada sidang Parlimen bagi mengutarakan pelbagai isu.

“(Dan) sekarang ini kita ada lebih daripada sesi soal jawab. Kita ada ‘Second Chamber’ yang berlaku pada hari Selasa dan Khamis dan kemudian kita ada Waktu Pertanyaan Menteri yang juga memberi peluang kepada mereka untuk tanya apa-apa soalan.

“Jadi bagi saya, apa gunanya sidang tergempar kalau mereka ada banyak platform untuk menimbulkan apa-apa isu dan mereka tidak pernah berhenti daripada menimbulkan apa-apa isu,” kata Azalina kepada pemberita selepas program bersahur dan beramah mesra bersama anggota keselamatan di Pos Tanjung Sepang, dekat sini, pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam yang menuntut sidang tergempar Parlimen diadakan segera dan meminta agar usul berkenaan dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

The post Tak perlu sidang Parlimen tergempar bincang isu DoJ: Azalina appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian