Tun M dedah anggota Armada PPBM ditawar RM50,000 untuk keluar parti


Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 27 Ramadan 1438H, Khamis – Anggota Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat tawaran sebanyak RM10,000 hingga RM50,000 supaya meninggalkan parti itu.

Mereka juga akan mendapat RM50,000 sekiranya menandatangan satu dokumen perjanjian untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Demikian didedahkan Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha keji Najib dan BN bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya.

Menulis di blognya hari ini, Tun Dr Mahathir menjelaskan beberapa langkah bagaimana Najib dan BN akan menang antaranya dengan menabur duit rasuah dan memanipulasikan undi pos.

“Rasuah berleluasa. Seperti yang telah berlaku di beberapa pilihan raya kecil, wang diberikan secara terbuka kepada sesiapa yang berjanji akan mengundi BN. Barang lain juga diberikan termasuk barangan dapur dan makanan,” kata Tun Dr Mahathir.

Beliau mendedahkan undi pos kakitangan awam termasuk polis dan tentera akan dipindahkan ke kawasan tertentu untuk memastikan kemenangan berpihak kepada calon-calon BN di kalangan orang lama.

“Pada pilihan raya 2004, undi pos yang masih dalam kotak, telah ditukar untuk memenangkan seorang menteri.

“Jumlah pengundi di kawasan itu juga telah meningkat berganda-ganda antara 2008 hingga 2013. Calon BN itu hanya mendapat sedikit undi pada pilihan raya sebelumnya, tapi menang besar pada pilihan raya selepas itu,” kata beliau.

Katanya, pilihan raya adil tidak akan berlaku.

“Kenapa Najib mahu duit yang banyak adalah kerana dia percaya Cash is King. Dengan duit banyak, dia boleh pujuk dan orang ikut cakap dia.

“Kerajaan terpaksa berjimat. Banyak kementerian tidak mendapat wang peruntukan yang cukup. Sejumlah wang yang Jabatan Keadilan AS (DOJ) dakwa telah dicuri sebenarnya akan digunakan untuk pilihan raya.

“Rakyat Malaysia mesti menolak penyalahgunaan kuasa oleh BN. Mereka mesti tegas tolak BN dan kalahkan BN.

“Negara akan hancur jika BN diberi kuasa untuk lima tahun lagi,” kata Tun Dr Mahathir.

The post Tun M dedah anggota Armada PPBM ditawar RM50,000 untuk keluar parti appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian