70 warga Palestin cedera bertempur dengan askar Zionis di luar Masjidil Aqsa
JERUSALEM, 25 Syawal 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 70 warga Palestin, termasuk Setiausaha Agung Inisiatif Kebangsaan Palestin, Dr Mustafa Barghouthi, selepas askar rejim Zionis menyerang penunjuk perasaan di sekitar Masjidil Aqsa dan al-Ezariyya, malam tadi.
Tentera Israel dilaporkan melakukan serangan itu terhadap tunjuk perasaan aman yang bergerak di salah satu pintu Masjidil Aqsa, sebelum pertempuran tercetus dengan pemuda Palestin.
Pertubuhan Palang Merah berkata, pasukan perubatan bergegas ke kawasan kejadian dan memberikan rawatan kecemasan kepada 50 warga Palestin yang cedera, serta membawa 15 yang lain ke Hospital al-Makassed untuk rawatan lanjut.
Enam belas warga Palestin terkena tembakan peluru getah bersalut keluli, enam cedera terkena serpihan bom tangan, manakala 25 lagi dicederakan oleh askar rejim. Empat anggota pasukan perubatan juga cedera ketika memberi rawatan kepada warga Palestin.
Dr Mustafa cedera di kepala terkena peluru getah disalut keluli dan dihantar ke Hospital al-Makassed, untuk rawatan lanjut.
Serangan berlaku ketika ratusan warga Palestin dipimpin Mufti Besar Jerusalem, Sheikh Mohammad Hussein dan beberapa pemimpin agama serta politik, bergerak di jalan utama selepas solat Maghrib menuju ke Bab al-Asbat, tetapi dihalang oleh askar rejim Zionis.
Askar rejim kemudian melepas gas pemedih mata, sebelum menyerang mereka.
Dalam kejadian berasingan, berpuluh-puluh askar rejim menceroboh bandar al-Ezariyya di timur Jerusalem dan bertempur dengan pemuda Palestin yang membaling batu ke arah mereka. – Agensi
The post 70 warga Palestin cedera bertempur dengan askar Zionis di luar Masjidil Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan