AS tarik balik larangan bawa peranti elektronik dalam pesawat

AMMAN, 16 Syawal 1438H, Isnin – Amerika Syarikat dilaporkan menarik balik larangan membawa komputer riba dan peranti elektronik membabitkan penumpang pesawat penerbangan dari beberapa negara Islam.

Pengumuman itu dibuat selepas AS mengeluarkan larangan berkenaan ke atas penerbangan dari 10 lapangan terbang di lapan negara Asia Barat, Afrika Utara dan Turki, sejak Mac lalu.

Ketua Eksekutif penerbangan Royal Jordanian Arlines, Stefan Pichler berkata, syarikatnya mendapat pengecualian terhadap larangan yang dikuatkuasakan AS sebelum ini.

“Kami amat gembira kerana semua penumpang kami kini boleh menaiki penerbangan sambil menggunakan peranti elektronik masing-masing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia,” katanya.

Selain syarikat penerbangan rasmi Jordan itu, turut menerima pengecualian berkenaan ialah Etihad, Emirates, Turkish Airlines dan Qatar Airways.

Larangan dikenakan AS itu turut membabitkan penerbangan dari Mesir, Maghribi dan Arab Saudi.

Syarikat penerbangan utama Arab Saudi, Saudia berkata, mereka berharap larangan ke atas negara itu akan dimansuhkan menjelang atau sebelum 19 Julai.

Bagaimanapun AS berkata, ia akan dimansuhkan jika syarikat penerbangan melaksanakan kaedah keselamatan baharu. – Agensi

The post AS tarik balik larangan bawa peranti elektronik dalam pesawat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian